Terma & Syarat Agen Jualan




Sila baca dengan teliti dan fahamkan syarat menjadi Agen Jeruk Cherating. Dengan mendaftar sebagai Agen kami, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang telah di tetapkan oleh Syarikat.

Berikut adalah terma dan syarat penjualan produk Jeruk Cherating yang dikeluarkan oleh Jeruk Cherating Enterprise.


1.0 BORANG PERMOHONAN

Pemohon perlu mengisi borang yang disediakan oleh pihak HQ dengan lengkap dengan benar berdasarkan butiran yang diperlukan sama ada secara dalam talian (on-line) atau bertulis.


2.0 TANGGUNGJAWAB AGEN

2.1 Pihak Agen bertanggungjawab sepenuhnya menerangkan berkaitan operasi Syarikat dan produk yang dikeluarkan Syarikat kepada pelanggan atau khalayak di kawasan edaran masing-masing mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Syarikat.

2.2 Pihak Agen dilarang menggunakan logo, nama dan hak cipta atau harta intelek syarikat tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada pihak Syarikat.

2.3 Pihak Agen hendaklah menjaga imej dirinya dan pihak Syarikat dari semasa ke semasa.

2.4 Segala bentuk aduan umum mengenai produk dan perkhidmatan berkaitan pihak Syarikat, pihak Agen perlulah memaklumkan aduan tersebut terus kepada pihak Syarikat.

2.5 Semua Agen hendaklah menunjukkan prestasi perniagaan yang baik dalam masa satu (1) bulan untuk mengekalkan status sebagai Agen.

2.6 Untuk sebarang promosi, pihak agen perlu kemukakan surat bertulis beserta cadangan promosi kepada pihak Syarikat dan hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak Syarikat.


3.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK SYARIKAT

3.1 Pihak Syarikat bertanggungjawab untuk menerangkan operasi Syarikat dan produk keluaran Syarikat kepada Agen mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

3.2 Pihak Syarikat akan membantu pihak Agen memasarkan produk dengan memastikan keperluan pemasaran pihak Agen disediakan selengkapnya.

3.3 Pihak Syarikat akan memastikan aktiviti pemasaran dan penjenamaan produk Jeruk Cherating sentiasa berjalan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran pihak pelanggan akan kewujudan jenama Jeruk Cherating.

3.4 Pihak Syarikat bertanggungjawab untuk memantau harga produk di dalam pasaran.


4.0 TANGGUNGJAWAB BERSAMA

4.1 Pihak Syarikat dan Agen perlu sentiasa bekerjasama dalam memasarkan dan menjenamakan produk Jeruk Cherating untuk diterima dan dipercayai oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya.

4.2 Pihak Syarikat perlu bersedia untuk menerima cadangan dan aduan dari pihak Agen untuk tujuan penambahbaikkan bersama dan secara menyeluruh.

4.3 Pihak Agen perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak Syarikat dan sentiasa memberikan sokongan kepada pihak Syarikat


5.0 STATUS AGEN

5.1 Pihak Agen perlu membuat pembelian minimum berdasarkan kategori (Agen /  Stokis) yang telah ditetapkan dalam tempoh 1 bulan untuk mengekalkan status sebagai Agen Aktif.

5.2 Pihak Syarikat berhak menetapkan nilai kos minima dan kelayakan Agen dari semasa ke semasa. Untuk Agen yang tidak aktif, pihak Syarikat akan mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut dan tindakan penambahbaikan akan diambil.


6.0 HARGA PRODUK

6.1 Pihak Syarikat berhak menetapkan harga jualan untuk setiap produk yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

6.2 Pihak Agen dilarang sama sekali melakukan perubahan seperti menurunkan harga tanpa mendapat memo atau surat pengesahan daripada pihak Syarikat. Tindakan akan diambil untuk Agen yang tidak mematuhi harga yang di tetapkan.


7.0 PEMULANGAN PRODUK

7.1 Setiap produk yang telah dibeli daripada pihak Syarikat boleh dikembalikan sekiranya:

7.1.1 Produk yang diterima rosak (bocor atau kotak rosak teruk) yang membuatkan produk tidak boleh dijual.

7.1.2 Lain-lain masalah pada produk yang membawa kesan kepada kualiti produk untuk dijual.


8.0 KAWASAN EDARAN

8.1 Pihak Agen boleh memilih kawasan edaran di mana-mana sahaja tidak terhad kepada satu kawasan sahaja.


9.0 BONUS

9.1 Pihak Syarikat akan memberikan bonus kepada Agen yang menunjukkan peningkatan jualan produk Jeruk Cherating yang memberangsangkan.

9.2 Bonus yang diberikan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak Syarikat.


10.0 PEMBATALAN KELAYAKAN AGEN

10.1 Sekiranya mana-mana syarat dan terma di atas tidak dipatuhi oleh pihak Agen, secara langsung kelayakan dan status sebagai Agen akan terbatal dengan serta-merta tanpa sebarang notis dan pihak Syarikat mempunyai hak membatalkan mana-mana Agen sekiranya didapati bermasalah dan terdapat aduan dari pihak pelanggan dengan bukti yang kukuh.

10.2 Pihak Syarikat berhak mengubah syarat dan terma di atas tanpa sebarang notis dari semasa ke semasa untuk kepentingan pihak Syarikat.



My Instagram



Copyright 2018 Jeruk Cherating - Pasti Menyengat! | Blog maintained by Saiful Nizam .BIZ